#WAAW Ada orang paksa saya bagi duit – Man Raja Lawak

 #WAAW Ada orang paksa saya bagi duit – Man Raja Lawak

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon komedi, Man Raja Lawak seringkali terlibat dalam aktiviti memberi bantuan dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.

Namun pelawak berkenaan dilaporkan terpaksa hentikan sumbangan amal buat sementara waktu ketika ini.

Ini berikutan wang simpanannya semakin susut, tambahan pula, Man kini tidak menerima sebarang tawaran berlakon sejak awal tahun 2021 ekoran perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Mana saya nak cekau duit lagi sebab duit peruntukan tersebut telah habis digunakan. “Saya pun tak ada kerja dah lama, tapi saya usaha selagi boleh , selagi bernafas masih ada jalan,” katanya di satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurut Man, setiap hari pasti ada individu yang meminta sumbangan ihsan kepadanya dan lebih mengejutkan terdapat unsur paksaan sekiranya dia enggan membantu.

Antara luahan Man di ruangan story Instagram miliknya baru-baru ini.
“Ada yang minta wang sebanyak rm1000 dan rm5000 dengan alasan terdesak sebab pinjam “ah long”. “Bila saya bagi tahu bantuan dah tutup tapi masih ada lagi yang bertanya, sampaikan saya terpaksa bagi “satu ayat” untuk bagi dia faham.
Man meminta semua untuk mendoakannya murah rezeki agar boleh diteruskan lagi sumbangan ini.
 

“Baik saya utamakan keluarga dan rakan terdekat dulu, itu lebih baik kan.” katanya kepada pihak Wacana.my. Man juga berharap agar individu lain turut tampil sama membantu bagi meringankan beban di kala kesukaran yang dihadapi pada waktu pandemik ini.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  4  =