#WAAW: Achey sanggup jual harta demi ibu

 #WAAW: Achey sanggup jual harta demi ibu

PETALING JAYA : Pelakon dan pelawak, Achey Bocey, 35, berusaha mencari alternatif untuk menampung kos rawatan ibunya yang kini dirawat di pusat perubatan di Johor Bahru pada masa hadapan.

Achey berkata, dia tidak teragak-agak untuk menjual harta dan barang kesayangannya bagi menampung kos perubatan ibunya, Ngaisah Hassan,70.

“Dalam keadaan sekarang, cabarannya lebih besar. Saya tidak boleh nak guna wang simpanan saja tanpa berusaha mencari jalan lain.

“Jadi, saya memang sudah sedia nak jual harta kesayangan yang saya ada. Apa yang boleh dijual nanti termasuk motosikal, saya sanggup menjualnya.

“Jika ada rakan-rakan yang berminat nak beli, bersedia saja kerana saya mungkin akan melakukannya,” katanya.

Berbicara mengenai ibunya, Achey berkata, semalam ketika di Hospital Pakar Putra Batu Pahat, doktor ada melakukan ujian ‘ultra sound’ dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang baru dapat mengesan ada masalah ‘blocking’ (tersumbat) di antara salur hempedu dengan pankreas.

Achey turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan rakan-rakan artis dan sahabat-sahabat di kampung yang prihatin mewujudkan tabung bantuan untuk menolongnya.

“Saya sangat terharu dengan usaha dibuat rakan-rakan kampung saya yang prihatin. Saya tak minta pun mereka wujudkan tabung bantuan itu, tapi mereka dengan rela hati melakukannya sebagai usaha membantu saya.

“Setakat ini, setahu saya sudah ada tujuh atau lapan tabung bantuan diwujudkan oleh rakan-rakan kampung saya. Terima kasih kepada mereka semua,” katanya.

Malah, Achey turut berterima kasih kepada orang ramai di luar sana dan semua yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarganya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *