#WAAW 5 filem WAAW di Netflix

 #WAAW 5 filem WAAW di Netflix

HUJUNG minggu santai di rumah bersama keluarga sempena lockdown dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, kami hidangkan 5 filem WAAW yang boleh disaksikan melalui platform penseteriman, Netflix.

ENJOY


We Can Be Hereos / 100 minit / Sci-fi

Filem arahan Robert Rodriguez ini bergenre sains fiksen yang berdurasi 100 minit ini mengisahkan apabila terdapat sekumpulan makhluk asing telah menculik superhero bumi, maka anak-anak kepada superhero ini mereka bergabung dan tubuhkan satu kumpulan bagi menentang makhluk asing tersebut demi menyelamatkan ibu-bapa mereka dan bumi.


Antara barisan para pelakon yang membintangi filem ini adalah Priyanka Chopra
Christian Slater, YaYa Gosselin, Akira Akbar ,Pedro Pascal, Sung Kang, Boyd Holbrook dan Haley Reinhart.


The Con – Heartist / 2 jam 8 minit / Komedi
Filem Thailand arahan Mez Tharaton

Mengisahkan seorang wanita yang telah ditipu oleh seorang bekas kekasih yang melarikan diri dan duitnya hingga menyebabkan dia berhutang,Wanita terbabit berjaya menangkap seorang penipu yang licik yang cuba menipunya sebelum ini. Tetapi bukannya menyerahkannya kepada polis, dia mengupah penipu ini untuk menipu bekas kekasihnya untuk membalas dendam.


Antara barisan pelakon Thailand ini Nadech Kugimiya, Pimchanok Luevisadpaibul, Thiti Mahayotaruk, Pongsatorn Jongwilak, Kathaleeya McIntosh dan ramai lagi.


Space Sweeper
/ 2 jam 16 minit / Sci-fi

Filem Korea arahan Jo Sung-hee ini bergenre kan aksi dan sains fiksen ini berdurasi 2 jam 16 minit
Mengisahkan masa depan, pada tahun 2092 ketika alam semesta penuh dengan sampah-sarap berbahaya yang berterbangan, seperti sepihan sisa-sisa satelit dan bangkai pesawat ruang angkasa.
Hanya tinggal beberapa manusia sahaja ketika itu iaitu The Victory terdiri dari empat anggota ,misi mereka adalah untuk meneruskan hidup ketika bumi disaat kehancuran dan perlu mencari tempat tinggal yang baru di luar angkasa.
Konflik filem ini apabila mereka terjumpa Dorothy iaitu robot humanoid yang dianggap sebagai senjata pemusnah pada ketika itu, mereka terpaksa menggunakan robot tersebut sebagai umpan dan senjata untuk teruskan misi dan hidup.

Antara barisan pelakon untuk filem ini Song Joong Ki , Kim Tae Ri , Jin Seon Kyu , Yoo Hae Jin , Kim Dae Han , Oh Yoon So , Yoo Young Bin.


Army Of The Death / 2 jam 28 minit / Aksi
Filem arahan Zack Synder

Mengisahkan sebuah kota Las Vegas yang terbengkalai dan dipenuhi dengan zombie akibat kegagalan pemerintahan kerajaan yang gagal. Selepas bandar kehancuran yang teruk dan mengakibatkan bertambah jumlah bilangan zombie, kemudian muncul satu kumpulan untuk mengambil upahan membunuh zombie tersebut hasil daripada penjanjian yang ditetapkan. Selain membunuh zombie,kumpulan ini mempunyai niat lain dengan membolosi semua harta di kawasan zon pencurian tersebar di Los Vegas.

Antara barisan pelakon untuk filem ini, Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick.


Outside The Wire / 1 jam 54 minit / Aksi
Filem arahan Mikael Hafstrom

Filem ini mengisahkan di seorang juruterbang drone telah dihantar untuk sesuatu misi berbahaya yang boleh membawa maut, tugasan ini diberikan kerana didapati juruterbang ini mempunyai sikap yang buruk terhadap ketuanya dan tekah diberikan denda dengan menyelesaikan satu misi, akan tetapi dia menyedari dirinya telah dipermainkan apabila telah digandingkan dengan seorang pegawai android secara rahsia dalam misi menghentikan serangan nuklear ini.

Antara barisan pelakon untuk filem ini ialah Anthony Mackie, Damson Idris, Emily Beecham

Izz Fizz

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *