#WAAW 12 tahun saya bebas dadah, masih difitnah! – Ameng Spring

 #WAAW 12 tahun saya bebas dadah, masih difitnah! – Ameng Spring

Ameng Spring

PETALING JAYA : Penyanyi, Ameng Spring dikhabarkan kecewa dan putus asa untuk meneruskan kariernya disebabkan satu insiden yang mengaibkan dirinya. Ameng berang dengan beberapa individu yang telah melemparkan tuduhan yang berbaur fitnah dan hinaan ketika sedang membuat persembahan secara langsung di laman Facebook Artiste Of Legend (AVOL) minggu lalu.

“Saya memang bengang dengan individu terbabit kerana suka hati mengatakan saya macam tu seolah-olah tidak gunakkan otak sebelum bercakap, sedangkan saya dah bebas dadah sejak 12 tahun lalu,” ujar Ameng.

Jika sebelum ini Ameng tidak mengendahkan sahaja, namun kini dia terpaksa mengambil tindakan kerana sedikit sebanyak telah mencemarkan reputasi dan namanya. Ekoran itu, satu laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Danau Kota oleh Ameng atas nasihat rakan dan isterinya bagi tindakan susulan.

Individu terbabit perlu tampil memohon maaf kepada Ameng dengan alasan hanya sekadar gurauan sahaja dan memintanya untuk tidak membawa perkara ini ke pihak pengadilan.

“Mereka memang ada What apps saya meminta maaf, tapi saya lagi suka kalau datang jumpa depan-depan, baru gentle.

“Walaupun dah minta maaf, tapi susah untuk saya maafkan mereka macam tu sahaja.

“Bukan senang untuk saya bersihkan nama saya sejak beberapa tahun yang lalu, banyak yang perlu saya korban dan lalui perit getir untuk bergelar sebagai insan seni,” katanya

Ameng membuat laporan di Balai Polis Danau Kota

 

 

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  5  =