• Sunday, 20 June 2021, 8:24 am

#WAAW: 10,000 hasil jualan Sambal Nyet By Khairul Aming infaq ke Tabung Palestin

 #WAAW: 10,000 hasil jualan Sambal Nyet By Khairul Aming infaq ke Tabung Palestin

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Selebriti media sosial, Khairulaming mendermakan sebahagian hasil jualan sambal yang diasaskan olehnya kepada tabung Palestin.

Khairul Amin Kamaruzaman merupakan pemilik kepada produk Sambal Nyet by Khairul Aming

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangannya.

“RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin.

“Diharapkan sedikit sebanyak (sumbangan itu) boleh meringankan beban saudara di sana,”kongsi Khairul menerusi aplikasi Twitter.

Tambah Khairul, pendekatan untuk menyalurkan sumbangan hasil jualan itu dibuat mengikut saranan beberapa pihak kepadanya.

Khairul turut membuka ruang kepada pihak yang berminat untuk menderma untuk melayari akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia; Maybank 5648 1050 7826 dengan nama rujukan savegaza.

Selebriti media sosial itu menzahirkan sokongan terhadap suasana tegang yang sedang berlaku membabitkan saudara seagama di Palestin.

Menerusi perkongsian yang sama, Khairul berkongsi turut menaikkan jumlah stok sambal jenama “Sambal Nyet by Khairul Aming” daripada 1,000 kepada 5,000 botol sehari.

Pemuda berusia 29 tahun ini turut meluahkan rasa bersyukur kerana permintaan yang tinggu dan berjaya mencapai hasil jualan RM1 juta menerusi penjualan produknya itu.

Tidak lokek berkongsi resepi di laman sosial, gaya penyampaian Khairul yang petah serta kelakar menjadikan namanya meletop dan diikuti ramai pengguna media sosial tanah air.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *