VW akan henti keluarkan kenderaan tenaga fosil di Eropah menjelang 2035

 VW akan henti keluarkan kenderaan tenaga fosil di Eropah menjelang 2035

BERLIN, 27 Jun – Pengeluar kereta Jerman Volkswagen bercadang untuk menghentikan pengeluaran kenderaan berasaskan minyak untuk pasaran Eropah menjelang tahun 2035, menurut agensi Reuters.

“Di Eropah, kami akan menghentikan penjualan kenderaan berasaskan bahan bakar bermula 2033 hingga 2035, dan diikuti pasaran Amerika Syarikat dan China selepas itu,” kata Klaus Zellmer, ahli lembaga pengarah Volkswagen kepada akhbar Muenchner Merkur.

“Di Amerika Selatan dan Afrika pula, ini akan mengambil masa yang sedikit lama, kerana keaadaan politik dan infrastruktur di situ yang masih belum sesuai.”

Tambah Zellmer, semua kenderaan VW baru akan berasaskan tenaga elektrik menjelang 2050.

Benua Eropah mensasarkan 70% daripada kenderaan baru yang dijual terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang 2030. Sasaran VW ini dijangka membantu syarikat itu bersedia untuk mematuhi peraturan penghasilan karbon yang semakin ketat di Eropah.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  1