VTL mampu diperluas, Johor sokong teruskan projek HSR

 VTL mampu diperluas, Johor sokong teruskan projek HSR

JOHOR BAHRU – Kelancaran program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang bermula semalam memberi gambaran bahawa pembukaan sempadan dapat diperluaskan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, program berkenaan mungkin dapat diperluaskan memandangkan kesediaan kedua-dua negara dalam pelbagai aspek, termasuk pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Johor tidak mempunyai masalah bagi memenuhi keperluan untuk pembukaan sempadan. Di sebelah Singapura, kita dapat melihat Singapura turut bersedia untuk memastikan pembukaan sempadan ini terus berjalan.

“Ini merupakan berita baik. Kita berharap pembukaan sempadan ini mampu dipertingkatkan daripada segi jumlah kategori pengembara dan bukan hanya dikhaskan kepada warganegara Singapura dan pemegang pas jangka panjang sahaja,” katanya selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor, di sini hari ini.

Hasni Mohammad (dua dari kiri) meninjau pusat didikan di Persatuan Cerebral Palsy Johor di Johor Bahru, hari ini

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor menerima sumbangan sebanyak RM900,000 daripada 10 syarikat di negeri ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong apa juga langkah termasuk perbincangan tentang pembangunan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

“Cadangan pembangunan HSR ini seharusnya bermula dari awal dan tidak melihat semula perjanjian atau meminda sebarang perjanjian terdahulu.

“Kerajaan negeri Johor sentiasa menyokong langkah pembangunan HSR ini kerana ia mampu memberi manfaat terhadap pembangunan kepada negeri ini, khususnya di sepanjang jajaran laluan HSR di negeri ini,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

33  +    =  37