• Sunday, 20 June 2021, 9:12 am

VIP, selebriti diseru jadi contoh kepada masyarakat – Izani Husin

 VIP, selebriti diseru jadi contoh kepada masyarakat – Izani Husin

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin

KOTA BHARU, 24 Mei — Kerajaan negeri menyeru agar golongan kenamaan (VIP), selebriti, instafamous, ketua-ketua jabatan, pimpinan masyarakat serta para asatizah (ustaz dan ustazah) menjadi contoh serta teladan kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin turut meminta golongan tersebut agar menjadi penyokong usaha kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard), dan jangan berbangga melanggar SOP, Insya Allah orang ramai akan turut serta menyokong agenda ini.

“Jadilah pendukung usaha kerajaan dan menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan COVID-19. ,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Kelantan mencatatkan sebanyak 626 kes baharu COVID-19.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *