[VIDEO] Jangan pandang luaran sahaja – B-heart

 [VIDEO] Jangan pandang luaran sahaja – B-heart

PETALING JAYA: Penyanyi rapper B-Heart atau nama penuhnya Hairi Azrie Henri mendedahkan kini dia bersama 8 rapper lain telah mengeluarkan karya lagu baharu iaitu DUA PULUH yang merupakan hasil gabungan mantap Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Ical Mosh, Benzooloo, B-Heart, Juki, dan Siqma.

Menurut B-Heart lagu ini adalah lagu lama yang telah mendapat susunan muzik semula dan diberikan nafas baharu sesuai untuk muzik pasaran semasa kini.

B-Heart bukanlah baharu dalam muzik hip hop. Dia memulakan kariernya pada usia 14 tahun dengan menghasilkan puisi dan ritma sendiri, dan kini memandang optimis untuk memajukan muzik genre nyanyiannya.

Meskipun begitu, nama B-Heart belum lagi dikenali dan cukup kuat untuk menangkap perhatian netizen kerana kurang ‘publisiti’ yang dilakukan. Apa pun kita dengarkan penjelasannya mengenai perkara ini.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  2