Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
[VIDEO] Dulu ye, saya merajuk – Amerul Affendi
![[VIDEO] Dulu ye, saya merajuk – Amerul Affendi](https://wacana.my/wp-content/uploads/7n_amerulbersyukur00-2-850x560.jpg)
PETALING JAYA: Pelakon, Amerul Affendi mendedahkan bahawa pernah satu ketika berasa sedikit terkilan dengan industri hiburan yang seakan-akan pilih kasih terhadapnya.
Dakwaan ini terjadi apabila sebelum ini, terdapat salah sebuah stesyen television di Malaysia telah mempertikaikan jumlah bilangan pengikutnya di media sosial.

Ekoran itu juga, dia kurang mendapat tawaran untuk membintangi filem atau drama untuk stesyen television berkenaan, membuatkannya mencuba bidang yang baharu iatu menceburi sektor pertanian yang dilihat semakin memberangsangkan buatnya kini.
Meskipun begitu, Amerul akur dengan segala kehendak yang dimahukan oleh pihak berkenaan, dan enggan mengambil pusing akan perkara ini.
Terbaharu, kini dia membintangi sebuah fllem “Prebet Sapu” yang berkonsepkan hitam putih, dan bakal ditayangkan pada 16 Disember nanti.
Dengarnya juga filem ini bakal mewakili Malaysia untuk salah satu anugerah di Los Angeles. Jom kita dengarkan penjelasan Amerul Affendi mengenai perkara ini.