Video buli tular sampai ke perhatian Menteri Pendidikan

 Video buli tular sampai ke perhatian Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Tular hari ini tersebarnya di media sosial satu hantaran video seorang murid dipukul dan dibuli di sebuah asrama sekolah.

Perkara itu telah sampai kepada pengetahuan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan pihak beliau telah menjalankan siasatan awal.

“Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Namun KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil,” kata Radzi sebentar tadi.

Kejadian tular itu didakwa berlaku di sebuah asrama maktab berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Kejadian tersebut didakwa berlaku ketika beberapa murid di maktab berkenaan sedang menjalani kuarantin dipercayai setelah menjadi kontak rapat murid yang positif COVID-19.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −    =  12