Vida mencari lelaki kacak untuk jadi calon?

 Vida mencari lelaki kacak untuk jadi calon?

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida kini sedang dalam pencarian untuk mencari pembantu peribadi buat dirinya kini.

Difahamkan, Vida ingin mencari pembantu peribadi baharu secepat yang mungkin dan telah membuat pengiklanan tersebut menerusi akaun media sosialnya baru ini.

Apa yang mengejutkan adalah, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah meletakkan kriteria yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Selain itu, dia juga hanya menilai dan memandang paras rupa yang kacak untuk menjadi pembantu peribadinya.

“Wajib mempunyai rupa paras kacak, untuk perempuan ada jawatan lain ya, boleh tengok Instagram story saya,” tulis Vida.

Gaji yang ditawarkan untuk pekerjaan tersebut agak lumayan sebanyak RM10.000 dan ekoran itu ia telah menjadi bualan warga netizen kini yang ingin menjadi pembantu peribadinya.

Saya mencari pembantu peribadi, gaji sebanyak Rm10.000, berstatuskan bujang dan berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun,” perkongsiannya.

Melihat perkongsian yang dibuat olehnya, rata-rata merasakan hairan dengan syarat yang ditetapkan kerana hanya memilih lelaki kacak sebagai sandaran utama.

Ni cari calon ke cari PA ni dato?

”Saya boleh bersenandung waktu malam buat peneman hati yang sunyi

Wow 10k tu macam gaji menteri dah tu, bertuah orang yang terpilih,”komen pengikutnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  2  =