Veteran Umno cadang tamatkan polemik Muafakat Nasional

 Veteran Umno cadang tamatkan polemik Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR 27 Nov — Seorang pemimpin veteran Umno mencadangkan Majlis Tertinggi parti itu membubarkan Muafakat Nasional (MN) dan merobohkan piagamnya, dengan berkesan menamatkan pakatan Umno dengan PAS.

Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata ini bagi mengelakkan polemik berpanjangan antara kedua-dua parti.

Beliau berkata, kedua parti telah membuat keputusan dan haluan masing-masing setelah Umno tidak bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional, manakala PAS telah memilih gabungan dengan Perikatan Nasional dan meninggalkan Muafakat Nasional.

Beliau menambah, Muafakat Nasional bukanlah sebuah parti gabungan berdaftar malah menyifatkan ia sebagai sebuah gabungan yang gagal dan tidak lagi diperlukan.

“Jika Umno boleh menghormati keputusan PAS untuk kekal bersama Perikatan Nasional, sebagai balasnya PAS harus menerima keputusan Umno untuk tidak menyertai PN.

Isu berkaitan Muafakat Nasional di antara PAS, Umno dan Bersatu kembali hangat selepas dimainkan oleh segelintir pemain politik selepas berakhirnya PRN Melaka yang dilihat sebagai polemik cuba menarik PAS untuk kembali menjalinkan kerjasama rasmi dengan Umno.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *