Verstappen tewaskan Hamilton di COTA

 Verstappen tewaskan Hamilton di COTA

Max cerahkan peluang bergelar juara dunia. FOTO Twitter MV/Red Bull Racing

K UALA LUMPUR,  25 Okt — Pemandu Red Bull, Max Verstappen mengenepikan cabaran juara bertahan dan pencabar gelaran kejuaraan, Lewis Hamilton untuk menjuarai  Grand Prix Formula Satu (F1) Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Kejayaan Verstappen diraih dengan kematangan dan kemampuan mengawal pertarungan sengit untuk terus melebarkan jarak kejuaraan menjadi 12 mata ketika saingan berbaki lima perlumbaan.

Biarpun Hamilton mendahului perlumbaan namun Verstappen membuat hentian pit awal  dan menukar strategi untuk mendapatkan kepantasan pada beberapa pusingan terakhir.

Mercedes berada di belakang Verstappen ketika berbaki dua lap tetapi tidak cukup untuk memintas kelebihan pemandu Belgium-Belanda itu.

Ia perlumbaan hujung minggu yang benar benar menghiburkan lebih 140,000 penonton di Circuit of the Americas (COTA),  Austin, Texas, dengan populariti saingan F1 kembali melonjak ke satu tahap baru

Hamilton menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan hanya 1.3 saat di belakang Verstappen dalam apa disifatkan antara saingan paling sengit dalam kalendar kejuaraan F1 musim ini.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4  +  4  =