Verstappen bermula petak utama GP F1 Amerika Syarikat

 Verstappen bermula petak utama GP F1 Amerika Syarikat

Max atasi catatan masa terpantas kelayakan Hamilton. FOTO Twitter Rasmi MV

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Pemandu Red Bull, Max Verstappen akan memulakan perlumbaan GP Amerika Syarikat, tengah malam ini di hadapan pencabar takhta kejuaraan Lewis Hamilton selepas mencatat masa terpantaspada sesi kelayakan terakhir.

Hamilton memadam catatan masa kelayakan awal dilakukan oleh Verstappen ketika juara dunia itu memecut pada lap terakhir tetapi pemandu Belgium Belanda itu bangkit merampas kedudukan untuk petak utama.

Verstappen mengatasi Hamilton dengan hanya 0.209 saat pada sesi saingan kelayakan penuh sengit di litar
COTA, Texas.

Seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez akan berlepas daripada petak ketiga.

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas berada di tempat keempat tetapi bermula di petak kesembilan selepas
dikenakan grid penalti.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc akan menggantikan pelumba Finland itu di petak kedua manakala rakan sepasukan Carlos Sainz akan bermula di petak kelima di depan dua pelumba McLaren, Daniel Ricciardo dan
Lando Norris.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *