Varian Omicron: Rakyat diingat terus patuh SOP – KJ

 Varian Omicron: Rakyat diingat terus patuh SOP – KJ

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Menteri Kesihatan meminta rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sementara penyelidik menilai sejauh mana tahap bahaya varian Omicron yang kini membimbangkan semua.

Khairy Jamaluddin berkata, varian Omicron adalah penetapan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan telah membimbangkan pihak berkuasa kesihatan global tersebut dengan jumlah mutasi yang tinggi yang boleh mengelakkan imuniti yang sedia ada.

“Kita tahu Omicron mungkin lebih mudah berjangkit daripada Delta tetapi belum tahu tahapnya,” kata menteri itu hari ini.

“Apa yang boleh kita lakukan dalam masa yang sama adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pelitup muka, jarak, kebersihan), meningkatkan aliran udara dalaman, menjaga diria kita agar selamat & ambil dos penggalak apabila ditawarkan.”

Pakar kesihatan telah menyatakan kebimbangan tentang varian Omicron kerana ia dikhuatiri mempunyai lebih dua kali ganda lebih banyak mutasi berbanding varian Delta yang telah melanda kebanyakan bahagian dunia tahun ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

62  +    =  68