Varian Delta punca lockdown di Sydney

 Varian Delta punca lockdown di Sydney

Gambar hiasan

SYDNEY, 27 Jun — Kerajaan Australia hari ini telah menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ di Sydney manakala Darwin melaksanakan perintah berkurung di rumah selama dua hari di sebabkan lonjakan kes COVID-19 yang berkaitan dengan varian Delta.

Sydney, kota terbesar di Australia, telah memulakan penutupan selama dua minggu akibat kenaikan kes varian Delta yang sangat berjangkit hingga mencecah 110 kes.

Memetik daripada laporan Al-Jazeera, peniaga restoran, bar dan kafe terpaksa bergantung kepada pesanan penghantaran yang kini diperluas ke seluruh Sydney, termasuk di wilayah pesisir dan pergunungan di sekitar kota yang luas.

Lockdown tersebut menghendaki orang tinggal di rumah sekurang-kurangnya 14 hari, dan hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan perubatan, bersenam, pergi ke sekolah atau jika tidak dapat bekerja dari rumah.

Australia dilihat lebih berjaya menguruskan wabak itu berbanding banyak negara maju lain dengan kurang daripada 40,000 kes serta 910 kematian COVID-19 yang dicapai melalui penutupan sempadan yang cepat, peraturan jarak sosial serta kepatuhan tinggi terhadapnya.

Namun negara itu menghadapi kenaikan kes baharu sejak beberapa bulan terakhir.

Di Sydney, lebih daripada 110 kes COVID-19 telah dilaporkan sejak pemandu kru penerbangan antarabangsa diuji positif pada pertengahan bulan Jun kepada varian Delta yang pertama kali muncul di India.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

53  −  48  =