Valentino Rossi umum persaraan selepas 26 tahun berlumba

 Valentino Rossi umum persaraan selepas 26 tahun berlumba

Valentino Rossi (Foto: motogp.com)

STYRIAN, 7 Ogos — Lagenda lumba motosikal dan juara dunia sembilan kali Valentino Rossi mengesahkan pada Khamis lalu bahawa beliau akan bersara pada akhir musim ini setelah 26 tahun dalam sukan berkenaan.

Rossi, 42, menggambarkan keputusannya sebagai “saat yang sangat sukar dan menyedihkan.”

Pelumba Itali itu menandatangani perjanjian satu musim dengan Yamaha-SRT untuk musim ini dan telah diperkatakan dia mungkin akan berlumba untuk pasukannya sendiri pada musim depan.

Namun, dia memberitahu pada sidang media menjelang Styrian Grand Prix minggu ini bahawa dia akan bersara, 12 tahun selepas gelaran MotoGP terakhirnya.

“Saya telah memutuskan untuk bersara pada akhir musim. Sayangnya, ini akan menjadi separuh musim terakhir saya sebagai pelumba MotoGP,” kata Rossi.

“Ianya saat yang sukar dan sangat menyedihkan. Ini merupakan perjalanan yang panjang bagi saya.

“Selama satu tahun, mungkin mendatangkan lebih banyak risiko berbanding ganjaran,” tambahnya mengenai idea untuk meneruskan kariernya untuk setahun lagi.

“Ini adalah saat yang sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa tahun depan saya tidak akan berlumba dengan motosikal, saya telah melakukannya hampir 30 tahun.”

Rossi telah bertanding dalam 423 perlumbaan prix di mana 363 daripadanya beliau dapat kedudukan podium.

“Ini adalah masa yang tepat” untuk berhenti, tegas Rossi, yang akan menamatkan kariernya dengan tujuh gelaran dunia kelas perdana – hanya satu di belakang catatan lapan sepanjang masa yang dipegang oleh rakan senegara, Giacomo Agostini.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Rossi yang diberi gelaran “The Doctor” itu bersaing di samping memiliki pasukan lumbanya sendiri, VR46, yang membantu membawa pelumba muda di Moto2 dan Moto3 dan musim depan dia akan menumpu pada peranan mentor itu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  29  =  31