Vaksinasi: Australia boleh belajar dari Malaysia – Nick Bisley

 Vaksinasi: Australia boleh belajar dari Malaysia – Nick Bisley

DEKAN dan Ketua Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial dan Profesor Hubungan Antarabangsa di La Trobe University, Melbourne Australia, Nick Bisley berpendapat kerajaan Australia boleh mencontohi Malaysia dalam usaha vaksinasi kebangsaan.

Bisley dalam sebuah hantaran di Twitter telah berkongsi carta peningkatan jumlah vaksin yang telah diberikan di Malaysia.

Kenyataan Bisley disokong beberapa pengikutnya yang memuji keupayaan Malaysia memberikan vaksin COVID-19 sehingga 400,000 dos sehari selama 7 hari berturut-turut.

Bisley terkenal dengan kepakaran penyelidikan dan pengajarannya dalam hubungan antarabangsa Asia, politik kuasa besar dan dasar luar dan pertahanan Australia.

Beliau juga merupakan Felo di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Australia dan Setiausaha Majlis Dekan Seni, Sains Sosial dan Kemanusiaan Australasia.

Program Vaksinasi Malaysia mendapat pujian antarabangsa kerana berjaya mencapai jumlah penerima vaksin yang tinggi dengan konsisten.

Kira-kira 95 peratus warga emas di seluruh negara yang berdaftar menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah menerima vaksinasi dan janji temu masing-masing.

Menteri Penyelaras PICK,  Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia kini memasuki fasa ketiga dalam PICK.

Sementara itu media antarabangsa melaporkan kemarahan warga Australia meningkat susulan pengumuman lockdown, di Sydney dan Melbourne.

Lebih dari 13 juta warga Australia diletakkan di bawah perintah lockdown dalam usaha kerajaan negara itu membanteras penularan COVID-19 varian Delta.

Australia Selatan yang mempunyai populasi seramai 1.7 juta orang, melibatkan Victoria dan sebahagian New South Wales diletakkan dalam lockdown bermula Selasa 20 Julai.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *