Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Vaksin COVID-19 tidak bertentangan Islam – PAS

Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
PASIR PUTEH 17 Feb: Umat Islam dinasihati menerima vaksin COVID-19 tanpa ragu-ragu berikutan jaminan telah diberi bahawa bahan digunakan tidak mempunyai unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, antara keperluan bagi umat Islam menerima vaksin tersebut adalah berdasarkan beberapa prinsip asas ajaran Islam iaitu menjaga keharmonian Islam, kesihatan, harta benda dan nyawa.
Tambahnya, pandemik itu turut menjejaskan semua sektor ekonomi negara apabila ramai warga Malaysia dibuang kerja serta peniaga terpaksa gulung tikar akibat penularan virus itu.
“COVID-19 turut menghalang umat Islam daripada menunaikan solat berjemaah serta solat Jumaat di masjid selain memutuskan silaturahim apabila tidak boleh berhubung dan menziarahi sanak saudara serta sahabat handai yang mengalami musibah.
“Wabak ini boleh meruntuhkan prinsip-prinsip asas berkenaan sekiranya tidak dibendung dengan segera,” katanya.