Vaksin COVID-19: Lebih 5.65 bilion dos didaftar seluruh dunia

 Vaksin COVID-19: Lebih 5.65 bilion dos didaftar seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 12 Sept — John Hopkins University memaklumkan lebih 5.65 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad.

Menurut data Universiti itu, China terus mendahului dengan lebih 2.13 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan sebanyak 738 juta dos vaksin didaftarkan dan Amerika Syarikat dengan lebih 378 juta dos.

Brazil mencatat lebih 208 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 141 juta dan 103 juta dos vaksin didaftarkan.

Sementara itu, Turki dan United Kingdom masing-masing merekodkan lebih 90 juta dos vaksin COVID-19 yang didaftarkan.

Di Asia Tenggara pula, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 112 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand dan Malaysia dengan lebih 38 juta, Filipina dengan lebih 37 juta dan Singapura dengan 8.97 juta dos.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *