Vaksin COVID-19: 5.59 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

 Vaksin COVID-19: 5.59 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Lebih 5.59 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.12 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 723 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 376 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 203 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 140 juta dan 103 juta dos vaksin.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 110 juta dos, diikuti Thailand dengan 38.1 juta.

Manakala Malaysia dan Filipina dengan lebih 37 juta dos vaksin.

Singapura dengan 8.97 juta dos vaksin.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =