Vaksin China penuhi piawaian WHO

 Vaksin China penuhi piawaian WHO

BEIJING, 1 April — Tahap keberkesanan vaksin keluaran China selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata pakar pertubuhan itu.

Pengerusi Kumpulan Pakar Penasihat Strategi mengenai Imunisasi (SAGE) WHO,  Alejandro Cravioto dalam sidang media pada Rabu mengesahkan vaksin buatan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan syarikat SinoVac adalah selamat dan berkesan berdasarkan data yang disediakan dua syarikat itu.

WHO menetapkan semua vaksin perlu melepasi tahap keberkesanan 50 peratus, manakala anggaran mata sebanyak 70 peratus amat digalakkan.

Menurut Cravioto, dua jenis vaksin China itu perlu mendapat kelulusan penggunaan kecemasan daripada WHO atau badan penyelia yang diperakui pertubuhan itu, sebelum SAGE memberi cadangan mengenai penggunaannya.

SAGE berharap cadangan berkenaan dapat dikeluarkan menjelang hujung April.

Terdahulu, jurucakap WHO, Margaret Harris menjangka vaksin Sinopharm dan SinoVac akan memperoleh kebenaran penggunaan kecemasan tidak lama lagi.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  −    =  46