• Thursday, 17 June 2021, 12:20 pm

UTEM komited bantu pelajar terkesan PKP

 UTEM komited bantu pelajar terkesan PKP

MELAKA, 6 Jun — Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan banyak pihak yang terkesan termasuk golongan siswa.

Tidak terkecuali pelajar Universiti Teknikal Malaysia, Melaka terutama yang tergolong dalam kategori B40.

Jurucakap UTEM memberitahu Wacana.my, pihak Universiti sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan pelajar UTeM, sama ada yang berada di dalam mahu pun di luar kampus.

“Melalui pelbagai inisiatif yang telah dijalankan untuk membantu pelajar, bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun 2020, pelbagai bantuan dan inisiatif UTeM Prihatin yang telah dijalankan untuk membantu pelajar,” katanya.

Ini termasuk bantuan UTeM Prihatin kepada pelajar B40 sebanyak RM 100 setiap seorang untuk 7,800 pelajar.

Selain itu UTEM turut memulangkan Yuran Kolej Kediaman sepenuhnya dan Yuran Perkhidmatan sebanyak 15 peratus untuk Semester 1, Sesi 2020/2021.

Terdapat jugaĀ  bantuan Pakej Pelan Data RM35 sebulan untuk pelajar bersasarĀ  serta pemulangan Yuran Minggu Haluan Siswa sebanyak 50 peratus untuk semua pelajar baharu.

” UTEM juga menyediakan bantuan peranti (komputer) untuk pelajar bersasar dan bantuan makanan serta keperluan asas melalui Foodbank Siswa UTeM kepada pelajar di dalam dan luar kampus,” katanya.

Sebanyak 3,514 bungkusan telah diagihkan secara berperingkat.

UTEM turut nenyediakan perkhidmatan kaunseling secara talian untuk memastikan kesihatan mental pelajar terpelihara.

” Terdapat juga bantuan pinjaman kewangan jangka pendek serta sumbangan bantuan berjumlah RM500 dan RM1000 kepada pelajar B40 bersasar melalui YAPEIM dan Yayasan Bank Rakyat,” katanya.

Pelajar UTEM di dalam kampus boleh menggunakan semua fasiliti yang ada mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP.

“Kemudahan internet dan wifi adalah menjadi keutamaan bagi memastikan semua pelajar, terutamanya di dalam tempoh pengasingan dapat mengikuti kelas secara dalam talian sepenuhnya,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar boleh merujuk kepada pihak Hal Ehwal Pelajar, Pengurusan Kolej Kediaman, Pengetua atau Felo Kolej Kediaman, atau melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi (JAKSIS).

”Ā  Kebajikan pelajar merupakan salah satu agenda utama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM.

” Hampir 70% dari jumlah keseluruhan pelajar UTeM adalah dari golongan B40, oleh itu pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang tidak berkemampuan ini,” jelasnya.

Pihak HEP UTEM sentiasa giat mendapatkan dana zakat, tabung endowmen dan juga sumbangan industri supaya ramai pelajar yang sangat berkeperluan dapat dibantu.

” Setiap tahun, dana yang diperolehi ini akan diagihkan kepada para pelajar. Namun, sumbangan yang diterima mungkin tidak sama jika dibandingkan dengan IPT lain yang juga turut sama mendapatkan bantuan dari pelbagai agensi,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *