Utamakan pendidik berkualiti untuk mengisi kekosongan guru

 Utamakan pendidik berkualiti untuk mengisi kekosongan guru

SEPANGGAR, 24 Jun – Pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor perlu mengutamakan kualiti pendidik bukan kuantiti.

Presiden Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Zakaria Barabag, berkata walaupun ukuran kualiti itu bersifat subjektif tetapi ia sangat sinonim dengan pencapaian akademik dan sahsiah calon seorang guru.

Presiden Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Zakaria Barabag,

Katanya, pihak Kementerian Pendidikan perlu peka dengan senario semasa berhubung pengambilan guru secara khas yang sepatutnya memberikan keutamaan terhadap penduduk asal setiap negeri yang sedang kritikal mengalami kekurangan guru khususnya Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, selain memberikan peluang pekerjaan kepada graduan yang mencintai profesion perguruan mengikut negeri, keprihatinan ini dapat mengurangkan kemelut isu pertukaran guru yang sering berlaku dan mengurangkan kos melibatkan pergerakan guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

Untuk mewujudkan keseimbangan di antara guru bandardan luar bandar, anak-anak kampung yang cemerlang harus mendapat keutamaan khususnya mereka yang tidak mempunyai latar belakang ekonomi keluarga yang baik.

Graduan yang sudah terlatih dalam bidang pendidikan seharusnya diberikan keutamaan. Di samping dapat mengurangkan kos melatih semula guru-guru yang bukan dari jurusan pendidikan,  graduan dalam bidang pendidikan dilihat lebih bersedia memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah yang mengalami kekurangan guru sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berhubung pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 menerusi pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai ini manakala penempatan secara berperingkat bermula pada Oktober nanti.

Zakaria berkata, kehadiran guru yang terlatih serta mencukupi di sekolah mampu menyokong pendekatan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sesuai mengikut keperluan pelajar yang memiliki variasi keupayaan pembelajaran yang berlainan.

Katanya, usaha itu amat signifikan dengan Pelan Pemulihan Negara melalui pendidikan berkualiti yang sewajarnya diterima generasi baharu selari dengan arus pendidikan global kerana mereka merupakan peneraju pembangunan negara pada masa hadapan.

Beliau berkata, graduan yang sudah terlatih dalam bidang pendidikan seharusnya diberikan keutamaan, di samping dapat mengurangkan kos melatih semula guru-guru yang bukan dari jurusan pendidikan, graduan dalam bidang pendidikan dilihat lebih bersedia memaksimumkan proses PdPc di setiap sekolah yang mengalami kekurangan guru sebelum ini.

Selain proses PdPc dalam kelas biasa, pengajaran yang bertujuan untuk proses pemulihan dan pengayaan juga dapat dijalankan dengan baik.

Penempatan  guru baharu itu nanti setidak-tidaknya dapat mengurangkan bebanan tugas guru-guru sedia ada yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah yang kekurangan guru

Zakaria 
berkata, mereka dapat melaksanakan tugasan dalam keadaan tenang tanpa mengalami tekanan yang tinggi.

Ini kerana katanya, jumlah jam pengajaran mingguan mereka sentiasa dalam keadaan normal, tidak melibatkan banyak perubahan jadual waktu, guru ganti dan guru dapat mengajar mengikut opsyen masing-

Diharapkan guru yang terpilih menyertai profesion keguruan itu nanti supaya sentiasa kental berdepan dengan cabaran-cabaran pendidikan semasa di samping dapat merubah paradigma segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap profesion keguruan,” katanya.

Mohd Azrone Sarabatin

Azrone@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

65  −  60  =