Utamakan “4 P” buat penduduk Ayer Molek – Mohd Fadly Samin

 Utamakan “4 P” buat penduduk Ayer Molek – Mohd Fadly Samin

AYER MOLEK: Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Mohd Fadly Samin mengesahkan perutusan kemenangan buat PN di (DUN) dilihat cerah, kerana melihat sambutan yang diterima olehnya sangat memberangsangkan setakat ini.

Menurutnya, setelah membuat kajian terhadap penduduk, rata-rata mahukan calon wakil rakyat yang muda supaya dapat membawa hasrat serta variasi ke peringkat lebih tinggi.

Manakala respon yang diterima juga adalah baik setelah berkunjung ke kawasan Ayer Molek, penduduk mahukan aura Tan Sri Muhyddin Yassin atau abah untuk memimpin dikawasan tersebut.

Selain itu, melalui culaan undian yang dibuat seperti beberapa panggilan oleh jentera gerakan, telah menyatakan hasrat penduduk yang mahukan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional bagi membuat perubahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.

Tambah Mohd Fadly Samin, dia akan memperjuangkan (4P) buat penduduk kawasan Ayer Molek iaitu pendidikan kerana mahu melahirkan penduduk di (DUN) Ayer Molek ini lebih ramai orang yang berjaya, bukan sahaja dalam pelajaran namun berjaya menerusi pelbagai bidang di ceburi.

Kedua adalah permbangunan modal insan, kerana di kawasan (DUN) berkenaan pelbagai isu masalah berbangkit yang melibatkan jenayah sosial disana. Malah manifesto yang dijanjikan adalah dengan mengurangkan kadar sifar jenayah di kawasan Ayer Molek.

Ketiga, persekitaran kerana ingin wujudkan persekitaran bersih serta dapat mengelakan sebarang bencana alam seperti banjir, sistem perparitan yang tidak betul yang menjadi keutamaannya.

Keempat adalah berkenaan prihatin rakyat, meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaanya, difahamkan beberapa polisi akan diubah dari segi birokrasi, ia bertujuan bagi menyenangkan rakyat dalam menerima sebarang bantuan daripada pihak kerajaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =