Ustaz Firdaus Wong positif COVID-19

 Ustaz Firdaus Wong positif COVID-19

Oleh Suraya Ali 

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Penceramah bebas, Ustaz Firdaus Wong memaklumkan beliau baru disahkan positif COVID-19. 

Katanya, beliau menerima panggilan dari pihak hospital yang mengesahkan perkara tersebut, hari ini. 

“Saya ada demam tapi dah surut selain rasa lenguh badan. Baru semalam, saya hilang deria rasa,” katanya kepada Wacana.my ketika dihubungi. 

Tambah Firdaus, beliau melakukan ujian mengesan COVID-19 atas nasihat doktor semalam. 

“Saya rasa sakit dada serta semput dan dah jumpa pakar kardiologi dan jantung serta pernafasan. Kata pakar, saya okay. Cuma selepas itu saya mula demam sikit maka doktor nasihatkan saya buat ujian mengesan denggi dan COVID-19 sekali gus semalam,” katanya. 

Lapan ahli keluarga yang tinggal serumah bersama juga sedang menunggu arahan dari Kementerian Kesihatan tetapi belum menjalani ujian mengesan COVID-19. 

Firdaus menasihati semua kontak rapat yang bertemu dengan beliau dalam tempoh 10 hari lalu supaya melakukan ujian mengesan COVID-19 dan kuarantin diri.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *