Ustaz “beatbox” tarik minat pelajar

 Ustaz “beatbox” tarik minat pelajar

PETALING JAYA:Tular sebelum ini, video seorang ustaz telah mengalunkan zikir bersama bunyi “beatbox” sewaktu mengadakan satu majlis ceramah motivasi di sebuah Sekolah Menegah Taman Semarak, Nilai.

Difahamkan, tujuan ustaz tersebut membuat perkara itu bagi menarik minat pelajar terhadap ilmuan islam, ustaz berkenaan telah mengambil inisiatif dengan memangil salah seorang pelajar yang dikhabarkan mempunyai bakat dalam membuat bunyi “beatbox”.

Melihat dalam video itu, pelajar “beatbox” berkenaan telah berduet dengan ustaz sambil mengalunkan zikir didalam dewan ketika sesi ceramah motivasi dijalankan.

@dhlyq123_

♬ bunyi asal – dhlyq123_

Rata-rata pelajar sekolah berkenaan terhibur melihatnya, dan ramai mengagumi insiatif yang digunakan oleh ustaz tersebut untuk memupuk minat generasi muda dalam ilmuan mengenai islam.

Wah, terbaik cara ustaz ni dekati pelajar

“Ustaz yang bijak berhikmah dalam mendidik anak murid dalam cara yang sempoi

Meremang bulu dengar zikir ni, semoga ustaz dimurahkan rezeki,” komen pengguna media sosial.

Meskipun ia sudah lama, namun video berkenaan telah kembali ditularkan oleh seorang pengguna di aplikasi Tik Tok, dan video berkenaan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, manakala 162 ribu “like” untuk video berkenaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  1