Usahawan perlu tahu pembiayaan dan geran disediakan

 Usahawan perlu tahu pembiayaan dan geran disediakan

Pelbagai kemudahan kredit tersedia bagi komuniti PKS

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Usahawan perlu meningkatkan pengetahuan mengenai bantuan dan program keusahawanan yang disediakan kerajaan untuk kekal berdaya saing.Pengerusi SMELink Malaysia, Datuk Rozali Che Pin memberitahu Wacana.my, kebanyakan usahawan yang ditemuinya kurang cakna mengenai pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan untuk mereka.

“Contoh, kerajaan melalui Program Permai banyak menyediakan bantuan kemudahan pinjaman mikro untuk usahawan, namun tidak ramai yang memohon atau gagal mendapatkannya kerana tidak tahu cara memohon dan tidak mempunyai dokumen lengkap,” katanya.

Selain itu, ketika pengumuman Belanjawan Negara 2021 lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan kredit mikro.

Melaluinya, kata beliau, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan kredit mikro melalui program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

Rozali menambah, usahawan mikro juga perlu tahu beberapa pengetahuan asas dalam perniagaan seperti menyimpan rekod perniagaan, pendaftaran perniagaan dan menyediakan profil perniagaan masing-masing selain rekod kewangan yang kemas.

“Ini penting untuk mereka memohon geran dan bantuan kerajaan malah ia juga boleh membantu proses permohonan pinjaman usahawan,” katanya.

Rozali berkata SMELink membimbing usahawan bagi mendedahkan mereka kepada pelbagai bantuan yang disediakan serta menunjukkan cara mudah memohon dan membantu usahawan menstruktur perniagaan mereka secara teratur.

Setakat ini, lebih 1,500 usahawan berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing melalui program bimbingan anjuran SMELink.

SMELink aktif mempromosi produk usahawan dan perniagaan tempatan di luar negara.

Terbaharu, SMELink mendapat jemputan untuk ke Greece bagi menghadiri sebuah program ekspo di sana.

SMELink kerap membawa usahawan tempatan untuk menyertai ekspo antarabangsa seperti ekspo halal di Russia, Turki, Saudi, United Kingdom dan Greece.

“Aktiviti ini juga disediakan geran oleh kerajaan dan ramai usahawan bimbingan kami berjaya menembusi pasaran luar melalui program ini,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  4