Usaha sedang dilakukan untuk angkat Kuching sebagai bandar kreatif UNESCO

 Usaha sedang dilakukan untuk angkat Kuching sebagai bandar kreatif UNESCO

KUCHING, 9 Mei — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama kerajaan Sarawak, sedang dalam usaha mengangkat bandar raya Kuching untuk diiktiraf di dalam Jaringan Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) di bawah kategori gastronomi.

Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata, UCCN merupakan inisiatif yang diperkenalkan UNESCO pada 2004, di mana objektif utamanya adalah memupuk inovasi dan kreativiti sebagai pemacu ke arah pembangunan bandar raya lestari.

Katanya, terdapat tujuh kategori utama bandar kreatif yang telah digariskan oleh UNESCO, iaitu ilmu dan kesusasteraan, filem, muzik, reka bentuk, kraf dan seni tradisional, gastronomi dan seni media.

Menurut Nancy, hasrat Malaysia mencalonkan Kuching sebagai salah satu bandar raya kreatif merupakan usaha yang pragmatik, dan akan memberi impak positif terhadap pembangunan sosio ekonomi tempatan.

ā€œIa juga akan meningkatkanĀ visibiliti dan imej positif kepada Malaysia dan Sarawak, khususnya di persadaĀ antarabangsa.

ā€œKepelbagaian menu warisan dan hidangan berasaskan etnik menjadikan Kuching pilihan utama untuk diangkat sebagai bandar raya kreatif kategori gastronomi, sementara kekayaan biodiversitinya yang mempunyai pelbagai tumbuhan herbaĀ jugaĀ boleh dijadikan sebagai sumber makanan,ā€ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan MOTAC juga bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada Kampung Budaya Sarawak, bagi menaik taraf infrastruktur di situ.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =