Usah panjangkan isu nama kerajaan baharu, fokus bantu rakyat

 Usah panjangkan isu nama kerajaan baharu, fokus bantu rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Semua pihak perlu berhenti memanjangkan isu nama kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata fokus kini perlu ditumpukan kepada usaha membantu rakyat dan mewujudkan kestabilan politik agar agenda kerajaan seperti Pelan Pemulihan Negara dapat diteruskan.

Katanya semua pihak perlu faham bahawa kerajaan yang terbentuk sekarang adalah berasaskan permuafakatan Ahli Parlimen yang tidak mahu melihat ketidaktentuan politik dan kerajaan yang wujud sebelum ini berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

“Kalau kita biar negara terjebak dalam ketidaktentuan politik, politik yang berlarutan serta ketidaktentuan kerajaan, rakyat akan rugi.

“Sebab itu saya kata cara paling baik ialah tidak usah panjangkan tentang isu nama, kita tumpukan kerja kepada rakyat,” katanya ketika mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik berbeza fahaman berkaitan nama kerajaan baharu yang terbentuk ketika ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian kepada pemberita pada Malam Kasih Merdeka anjuran Rumah Prihatin@Hotel Grands Seasons sempena Hari Kebangsaan ke-64 pada Isnin.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

66  +    =  72