UPSI meterai perjanjian persefahaman akademik dengan MAIC

 UPSI meterai perjanjian persefahaman akademik dengan MAIC

Md Amin (tiga dari kanan) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Pengerusi Eksekutif MAHSA Sendirian Berhad, Mohamed Haniffa Abdullah (empat dari kiri) di kampus utama Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra, Selangor sambil disaksikan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman (kanan) dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh (dua dari kanan).

Jenjarom : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan Mahsa Avenue International College (MAIC), untuk memperkukuhkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff  sebagai sebuah universiti pendidikan terulung tanahair, UPSI mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik dengan pihak institusi pengajian swasta baik industri mahupun komuniti bagi merealisasikan hasrat universiti untuk memantapkan ekosistem pendidikan negara.

“Kerjasama antara Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dan MAIC ini bertujuan memberi peluang kepada calon-calon pelajar untuk mengikuti pengajian dan memiliki sijil kelayakan akademik daripada UPSI melalui penawaran program akademik Pendidikan Awal Kanak-kanak yang akan dilaksanakan di Pusat Pembelajaran MAIC Kampus Petaling Jaya, Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan persekitaran pengajian kondusif dan lengkap,” jelasnya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoA) antara UPSI dan MAIC di kampus utama Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif MAHSA Sendirian Berhad, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah untuk bertukar dokumen perjanjian persefahaman.

Md Amin berkata menerusi kerjasama itu  juga dapat menambahbaik kualiti, rekabentuk dan penyampaian kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak meliputi penyelidikan, perundingan dan penerbitan melalui kedua-dua kepakaran dari UPSI dan MAIC.

“Kerjasama dua hala ini bakal memberi manfaat kepada bakal  pelajar menerusi penawaran Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak sekali gus memperkasa kualiti program akademik dan meletakkan UPSI sebagai hab Pendidikan Awal Kanak-kanak negara dalam menyediakan pedagogi seiring keperluan semasa,”  katanya.

Permohonan kemasukan program diploma dibuka pada 15 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022 dan sesi pengajian bakal bermula sekitar pertengahan Januari 2022. Bagi permohonan untuk pengajian ijazah sarjana muda akan dibuka pada  17 Disember 2022 sehingga 30 Januari 2022 serta sessi pengajian akan bermula sekitar bulan Mac 2022.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  3  =