• Wednesday, 16 June 2021, 6:24 am

UOB Malaysian unjur pelaburan yang diluluskan di Malaysia meningkat 13 peratus pada 2021

 UOB Malaysian unjur pelaburan yang diluluskan di Malaysia meningkat 13 peratus pada 2021

KUALA LUMPUR, 19 Mei — United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) mengunjurkan pelaburan yang diluluskan di Malaysia akan meningkat 13 peratus kepada RM185 bilion pada 2021, dengan hampir 40 peratus adalah daripada pelaburan langsung asing (FDI).

“China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal sebagai antara sumber utama FDI dan kebanyakan daripada modal akan disalurkan ke sektor nilai tambah tinggi, termasuk elektrik dan elektronik (E&E), kimia, pembuatan dan perindustrian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong Ng Wei Wei berkata bank yakin bahawa potensi ekonomi Malaysia yang pelbagai, asas yang teguh, dasar akomodatif dan demografi yang baik akan terus menarik minat syarikat asing yang ingin berkembang ke rantau ini.

“Kami percaya pengaturan semula rantaian bekalan ke ASEAN akibat ketidaktentuan geopolitik, termasuk ketegangan perdagangan AS-China, akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dalam sektor-sektor utama seperti perindustrian, barangan pengguna serta telekomunikasi, media dan teknologi.

“‚ÄôJangkaan pertumbuhan juga disokong oleh pelancaran rangkaian 5G global yang akan merangsangkan sektor E&E dan pembuatan elektronik selain mempertingkat infrastruktur digital negara,” kata beliau.

Di samping itu, Ng menambah berikutan usaha kerajaan Malaysia dalam menggalakkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus di negara ini, bank melihat minat yang semakin meningkat dalam projek berkaitan tenaga boleh diperbaharui, seperti tenaga solar.

“Apabila negara melakukan peralihan ke tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan¬†infrastrukturnya dengan sumber tenaga yang lebih bersih, ia akan menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat multinasional yang ingin mengembangkan operasi mereka dengan cara yang mampan,” ujar beliau

Menurut bank itu, meskipun menghadapi persekitaran ekonomi global yang mencabar pada 2020 akibat pandemik COVID-19, Malaysia mencatat jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM164 bilion yang mana RM64.2 bilion adalah dari sumber FDI.

Tahun lepas, China merupakan sumber FDI utama Malaysia dengan RM18.1 bilion atau bersamaan dengan 28.2 peratus sementara penyumbang lain termasuk Singapura sebanyak RM10 bilion, Belanda RM7.0 bilion dan AS dengan RM4.3 bilion.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *