Universiti bukan lagi tempat membosankan

 Universiti bukan lagi tempat membosankan

SARAWAK: Bila sebut saja mengenai institut pengajian tinggi, pasti ada sesetengah pihak yang akan membayangkan suasana pembelajaran dalam dewan kuliah serta kawasan kampus membosankan bukan,? itulah stigma yang sering bermain di minda masyarakat mengenai pusat pengajian tinggi.

Namun kini tanggapan tersebut, tidak lagi relevan untuk diperkatakan sedemikian kerana banyak transformasi telah pun dilakukan oleh setiap pusat pengajian tinggi seiring dengan pembangunan pada era 2020 ini.

Universiti yang melalui transformasi tersebut adalah University College of Technology Sarawak (UCTS) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Apa yang menariknya, Universiti ini merupakan yang terbaru di Malaysia dengan menghasilkan seni bina bangunan yang moden dan futuristik, seolah-olah kita berada di luar negara, wow seronoknya.

Difahamkan, Universiti Teknologi Sarawak yang bertempat di Sibu itu telah dirasmikan dilancarkan pada 10 November lalu.

Selain itu, Universiti ini merupakan hak milik penuh kerajaan negeri Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak kini menawarkan 100% biasiswa dalam pengajian Asasi.

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, jangan khuatir kerana terdapat diskaun istimewa buat setiap pelajar yang mendaftar. Manakala kos pengajian pula akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak

Bagi pelajar ijazah sarjana muda (degree) dan ijazah sarjana (master), diskaun 50% yuran pengajian kini ditawarkan untuk semua kursus.

Ini bermaksud separuh kos pengajian kini ditanggung kerajaan negeri Sarawak. UTS adalah universiti pertama di Malaysia yang mencapai Green Building Index (GBI) Platinum.

Reka bentuk bangunan ini mempunyai tempat takungan air hujan yang berperanan melancarkan pengaliran air hujan.

Memang selesa untuk semua pelajar, jadi tiada alasan untuk anda terus menimba ilmu kerana, jadilah insan yang berilmu agar dapat memberikan maanfaat kepada bangsa dan negara.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *