Cabaran getir United berdepan Atalanta, Liverpool

 Cabaran getir United berdepan Atalanta, Liverpool

Solskjaer. FOTO Twitter UEFA

KUALA LUMPUR, 20 Okt – “Komennya tidak menjejaskan saya,” kata bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu memberi reaksi terhadap cadangan bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher supaya pengurus kelab itu ditukar agar Manchester United kembali memenangi piala kejuaraan terbesar.

“Saya yakin dengan diri saya, selagi kelab memberi kepercayaan dan yakin kepada saya. Saya pasti pendapat Jamie Carragher tidak akan mengubah perkara itu.”

Solskjaer teruk dikritik selepas pasukannya menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas kecundang 4-2 kepada Leicester City, Sabtu lalu.

Dia berkata: “Saya mempunyai nilai dan cara menguruskan. Komen Jamie itu jika dilihat disebabkan kita akan berdepan Liverpool, Ahad ini.
.
Kekalahan kepada skuad Brendan Rodgers bermakna United hanya mencatat dua kemenangan dan empat kekalahan dari tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

“Setiap pasukan akan melalui saat sukar dan kebetulan prestasi kami di tahap yang rendah sekarang. Kami tahu kami perlu meningkatkan semula permainan.

“Seperti saya perkatakan, kejurulatihan kami di sini amat baik dan mereka sentiasa memberikan perhatian pada setiap sesi. Saya tidak dapat meminta lebih daripada itu lagi.”

Fokus United kini berdepan Atalanta di tempat sendiri, awal pagi esok dalam saingan Liga Juara-Juara.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *