Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
UNICEF gesa negara kaya kongsi vaksin menerusi COVAX

WASHINGTON, 2 April — Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru negara-negara kaya menghentikan amalanĀ “nasionalisme vaksin” sebalinya berkongsi vaksin COVID-19 melalui kemudahan COVAX, lapor Sputnik.
Pengarah Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban berkata penting untuk menangani visu agihan vaksin secara menyeluruh kerana melindungi negara berpendapatan tinggi sahaja tidak akan mengembalikan keadaan kepada normal.
“Kami mendesak negara-negara kaya agar pertimbangĀ untuk berkongsi dos mereka dengan seluruh dunia melalui kemudahan COVAX.
āKami meminta sektor swasta tampil dan bekerjasama dengan COVAX untuk membantu meningkatkan penghantaran dan pengedaran vaksin yang adil,ā katanya pada sidang media EMRO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Khamis.
UNICEF juga menyeru pengeluar vaksin untuk melesenkan, melakukan sub-kontrak dan berkongsi teknologi dan pengetahuan dengan rakan pembuat vaksin – tanpa mengira had atau sekatan geografi – bertujuan meningkatkan skala bekalan dengan segera.
āSemua halangan untuk pengembangan kapasiti harus dihentikan termasuk halangan Hak Harta Intelek,ā katanya.
UNICEF telah mengagihkan lebih tiga juta dos vaksin ke sepuluh negara di Timur Tengah dan Afrika Utara menerusi kemudahan COVAX, dengan penghantaran terbaru ke Yaman dan Mesir semalam.
WHO telah menetapkan matlamat untuk memulakan vaksinasi di semua negara dalam 100 hari pertama tahun ini.
Setakat ini 36 negara belum memulakan vaksinasi,Ā 16 daripadanya akan menerima kumpulan pertama melalui mekanisme COVAX dalam masa dua minggu lagi.
Secara keseluruhan, 177 negara telah memulakanĀ kempen vaksinasi danĀ COVAX telah mengedarkan lebih 32 juta vaksin ke 61 negara.