Undang-undang pelik dan aneh di Dubai

 Undang-undang pelik dan aneh di Dubai

PETALING JAYA: Tahukah anda bahawa di negara Dubai terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi yang melibatkan penggunaan media sosial?.

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa di negara berkenaan terdapat beberapa undang-undang pelik yang perlu dipatuhi, sekiranya ada individu yang ingkar akan dikenakan kompaun dan denda terhadap kesalahan yang dilakukan, meskipun ia kesalahan kecil.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang figura bernama Irfan Khairi di aplikasi Tik Tok, dia mendakwa negara berkenaan tidak membenarkan rakyatnya menyalahgunakan platform media sosial dengan sewenangnya, dan hanya membenarkan untuk tujuan tertentu dan kebaikan saja.

@irfan.khairi

Udang2 pelik part 3 🦐🦐

♬ Bombastic – 💠𝐒𝐋𝐌_𝐂𝐀𝐒𝐏𝐄𝐑💯

Difahamkan, antara beberapa undang-undang pelik yang dikenakan terhadap rakyatnya adalah, dilarang untuk tularkan video dan membuka aib seseorang, ia adalah salah disisi undang-undang, sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda berjumlah ratusan ribu ringgit ataupun dipenjarakan.

Kedua, negara berkenaan tidak membenarkan sebarang aktiviti meminta sedekah diadakan, sekiranya ingin meminta derma, hanya badan-badan rasmi sahaja dibenarkan membuat kutipan.

Ketiga, dilarang menyebarkan sebarang berita palsu dan sebarang gossip liar di negara tersebut, sekiranya gagal patuhi maka denda ratusan ribu ringgit akan dikenakan terhadap pesalah.

Perkongsian undang-undang pelik ini dikongsikan oleh Irfan Khairi yang merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara Dubai sejak daripada tahun 2016, dan merupakan seorang usahawan berjaya di negara berkenaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  7  =