Umum berita kehamilan isteri dalam muzik video

 Umum berita kehamilan isteri dalam muzik video

PETALING JAYA : Penyanyi, Harith Zazman,27, yang popular menerusi lagu Cute berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah.

Harith atau nama penuhnya, Mohamad Harith Saifuzzaman, teruja mengumumkan berita itu sempena pelancaran single solo terbaharu berjudul Shut Up untuk diabadikan bersama. 

“Hari ini (Jumaat) dilancarkan MV rasmi lagu ini. Dalam MV itu saya juga berkongsi mengenai kehamilan isteri yang merupakan salah satu eleman utama kejutan.

“Alhamdulillah isteri saya sudah hamil. Saya abadikan berita gembira itu dalam muzik video lagu baharu… ada babak di mana isteri saya nampak mengandung, kena tengok betul-betul.

“Satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang penghasilan muzik video ini, idea dan jalan cerita MV daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze… muzik video ini mengenai pasangan alien yang cuba memujuk isterinya,” katanya.

Harith dan Nuramalina selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos lalu.

Difahamkan usia kandungan isterinya kini memasuki tiga bulan dan berada dalam kesihatan yang baik.

Shut Up boleh didengari di semua platform digital, manakala muzik video rasmi ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful pada pukul 11 pagi, Jumaat.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  4  =  13