UMRAH Bersama Suami – Uqasha

 UMRAH Bersama Suami – Uqasha

PETALING JAYA : Hasrat pelakon Uqasha Senrose untuk menunaikan umrah bersama suami bakal tercapai apabila merancang untuk menunaikan bulan madu pada 23 Disember ini.

Uqasha meluahkan rasa syukur dan teruja apabila bakal membawa suaminya Kamal Adli buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.

“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja.

“Kemudian ketika kami berkampung di Melaka selama lima bulan, alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga.

“Pada masa itulah, kami sedang mengenali hati budi dan berdoa di depan Kaabah. Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.

“Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya.

Sementara itu, Kamal turut sama teruja dan tidak sabar untuk sama-sama ke tanah suci bersama isteri tersayang.

“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *