UMNO perlu letak 85 peratus muka baru

 UMNO perlu letak 85 peratus muka baru


PETALING JAYA : Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang berkata negeri Johor mahukan kestabilan politik yang kukuh bagi membuat dasar untuk rakyat dan negeri itu sendiri.

Helmi berkata, barisan calon yang bertanding haruslah terdiri daripada 85 peratus muka-muka baru sekali gus menjadi pelapis pucuk kepimpinan yang bakal menerajui Johor pada masa hadapan.

Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang

“Rakyat Johor berbeza dengan negeri-negeri lain kerana pemahaman dan perbezaan politik yang mana kami mahukan kestabilan politik dan ekonomi. Oleh itu, langkah untuk mengadakan Pilihanraya Negeri di Johor adalah langkah yang tepat.

“Selama 18 bulan Pakatan Harapan mentadbir, namun tiada kestabilan dalam negeri Johor serta tiada kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Harapan saya untuk PRN kali ini, saya minta agar semua calon-calon yang bertanding mestilah terdiri daripada muka-muka baru daripada generasi muda.

“Semua golongan pelapis yang terdiri daripada pemimpin muda ini kerana kini ingin melaksanakan dasar agar rakyat terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional,” kata Helmi.

Gambar ihsan – Johorkini

Helmi menegaskan, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

UMNO dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN Johor yang akan diadakan.

Sekitar tahun lalu, Helmi mempertahankan pendiriannya supaya presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat. 

“Kenyataan itu sudah dibuat lama iaitu sekitar tahun lalu, saya berpendapat perlu ada perubahan kepimpinan dalam UMNO. Saya tidak menyentuh isu mahkamah beliau dan sebagainya namun hanya berkisar mengenai kepimpinan parti.

“Saya tidak mahu ulang berkali-kali mengenai isu berkenaan kerana ia tiada kena mengenai dengan PRN Johor yang bakal berlangsung,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =