UMNO bahagian, Puteri Arau tolak Azlan Man

 UMNO bahagian, Puteri Arau tolak Azlan Man

KANGAR, 25 April — UMNO bahagian Arau dan sayap Puteri bahagian itu menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi UMNO Perlis menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, dan mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.

Timbalan Ketua UMNO BahagianĀ Arau Salim Dahaman berkata akar umbi akan terus kekal bersama Shahidan, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Arau, demiĀ mengembalikan semula kekuatan UMNO Perlis.

ā€œSahidan layak untuk terus memimpin UMNO Perlis berdasarkan jasa beliau membantu UMNO memenangi dua daripadaĀ (tiga) kerusiĀ Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14 sehingga terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Perlis,ā€ katanyaĀ kepada pemberita di sini hari ini.

SemalamĀ Ahmad Zahid menerusi kenyataan memaklumkanĀ Azlan yang merupakan Menteri Besar Perlis dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu mengantikan Shahidan.

Bagaimanapun Pemuda UMNO Arau pula menyambut baik pelantikan Azlan menerajui UMNO negeri, dan berharap ia dapat membuka lembaran baharu dalam politik negeri Perlis.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu diharap memantapkan penyelarasan gerak kerja politik dan pentadbiran kerajaan BN Perlis yang sekian lama berada dalam dilema disebabkan wujudnya ā€˜dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapalā€™.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  9  =  13