Ular tedung masuk baju kanak-kanak

 Ular tedung masuk baju kanak-kanak

AYER BALOI 24 JUN 2021. Anggota bomba berjaya menangkap anak ular tedung yang memasuki baju dipakai seorang kanak-kanak di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, Pontian, semalam.GAMBAR IHSAN BOMBA

PONTIAN, 24 Jun — Tindakan pantas seorang wanita menghubungi bomba selepas menyedari seekor anak ular tedung masuk ke dalam baju dipakai anak lelakinya yang berusia lapan tahun berjaya menyelamatkannya daripada dicederakan.

Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari semalam di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian bergegas ke lokasi kejadian.

Baju yang dipakai oleh mangsa yang berusia lapan tahun 

Ketua BBP Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRV) dari Pos Benut.

“Sejurus sampai, kita dapati seekor anak ular tedung hitam berukuran 0.5 meter berada di dalam baju kanak-kanak lelaki berkenaan.

“Ular itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika mangsa berbaring di ruang dapur rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Anak ular tedung hitam berukuran 0.5 meter dilepaskan jauh dari penempatan setelah berjaya ditangkap

Menurutnya, anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak tersebut dan menangkap reptilia itu menggunakan alat penjerut.

Ular itu kemudian dilepaskan jauh dari penempatan awam, manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −    =  19