Ular sawa ‘berenang’ dalam mangkuk tandas

 Ular sawa ‘berenang’ dalam mangkuk tandas

Ular sawa ditemukan dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Dato’ Syed Idris, Johor Bahru semalam

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 23 Mac – Hasrat seorang wanita menggunakan tandas terbantut apabila menemukan seekor ular sawa sepanjang 12 kaki di dalam mangkuk tandas di rumahnya di Taman Dato’ Syed Idris, di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ronnie Robert berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.11 petang.

Menurut pengadu, dia menyedari kewujudan ular tersebut ketika hendak menggunakan tandas di rumahnya.

“Ular sawa sepanjang 12 kaki itu berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut sebelum dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dipercayai ular itu memasuki mangkuk tandas berkenaan melalui saluran paip sedia ada di rumah itu.

Operasi ditamatkan pada jam 5.45 petang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  1