UIAM sudah ’empat dekad’

 UIAM sudah ’empat dekad’

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan 40 Tahun UIAM dan Perhimpunan Warga UIAM di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan. | Foto: Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 1 Februari 2022 – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang melakar pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan dan kajian akan menyambut sambutan ulang tahun ke 40 pada Mei tahun depan.


Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, sambutan 40 tahun sangat bermakna buat keluarga UIAM dan juga alumni kerana angka berkenaan memiliki maksud yang mendalam dalam Islam.


Menurutnya, pada usia 40 tahun Nabi Muhammad menerima wahyu pertama seterusnya menjadi pegangan umat Islam hingga akhir zaman dan menjadi ikutan ramai manusia.


“Mengambil semangat berkenaan UIAM akan terus melebarkan sayapnya sebagai antara universiti Islam bertaraf antarabangsa dengan menjadi gerbang Ilmu diperingkat dunia seterusnya sebagai pusat rujukan pakar didalam dan diluar dunia Islam.


“Ia bertepatan dengan matlamat utama penubuhan UIAM melalui Khalifah, Amanah, Iqra dan Rahmatan Lil Alamin,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan 40 tahun UIAM dan Perhimpunan Warga UIAM di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan, di sini semalam.


Hadir sama Pengarah UIAM kampus Kuantan, Prof Dr Azmi Md Nor.


Pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang lebih setahun sambutan ulang tahun ke 40 UIAM bermula 24 Januari 2022 hingga 23 Mei tahun depan.


Dzulkifli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan 40 projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat terutama di sekitar UIAM kampus Gombak, Selangor dan UIAM kampus Kuantan termasuk Pusat Asasi UIAM Gambang, UIAM kampus Pagoh, Johor dan UIAM kampus Kuala Lumpur.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  1