Turun padang bantu mangsa banjir, Cik B jadi perhatian

 Turun padang bantu mangsa banjir, Cik B jadi perhatian


PETALING JAYA : Penyanyi, Cik B turun padang mengagihkan sumbangan dan bantuan dalam misi bencana banjir yang dianjurkan oleh ibunya, Datuk Seri Vida.

Anak kepada usahawan kosmetik itu, turun padang melawat kawasan perkampungan Orang Asli di Hulu Langat untuk menyerahkan sendiri bantuan kepada mereka. 

“Sebanyak 15 motosikal dan tiga kenderaan 4×4 untuk digunakan bagi mengagihkan barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. 

“Terima kasih diucapkan kepada abang-abang ‘riders’ kerana membantu menghantarkan kepada mereka. Tidak lupa kepada team Vida Beauty yang turut sama turun padang. 

“Seronok apabila melihat mereka gembira menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka,” katanya. 

Melihat pada perkongsian tersebut, Cik B yang turut ditemani Vida melawat kawasan perkampungan Orang Asli di Hulu Langat bagi menyerahkan sendiri barangan bantuan ke tangan mereka.

Antara barangan bantuan yang diagihkan termasuklah tilam toto, bantal, lampin pakai buang dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran Cik B yang cukup dikenali membuatkan ramai penduduk di sana gembira dan mahu bergambar bersamanya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap Cik B di atas penyertaannya ke misi bantuan banjir meskipun perlu mengharungi hujan dan sebagainya.

Sekitar Julai lalu, Cik B dan adiknya Kacak menggunakan duit mereka sendiri bagi memberi barangan keperluan harian dan menyerahkannya kepada rumah-rumah yang memerlukan sewaktu kempen Bendera Putih sedang dijalankan di sekitar Ipoh.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  2  =  2