Tunggu esok

 Tunggu esok

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — “Sebarang kenyataan media akan dikeluarkan esok.”

Itu kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui di sebuah hotel, di sini, malam ini.

Reaksi ringkas berkenaan dipercayai merujuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO itu tiba di hotel berkenaan kira-kira jam 8.30 malam, bagi mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin parti itu.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *