Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19

 Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran sebentar tadi.

“Ya ayah sudah meninggal dunia, Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi tadi.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.

Sakaran, yang berasal dari Semporna, Sabah pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  +    =  55