PRN tidak sepatutnya berlaku, orang Melaka marah dan tak mahu pilihanraya – Muhyiddin

 PRN tidak sepatutnya berlaku, orang Melaka marah dan tak mahu pilihanraya – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional

SHAH ALAM, 12 Nov — Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa orang negeri Melaka marah dan tidak mahu diadakan pilihanraya.

Muhyiddin turut menyifatkan situasi di Melaka sebagai “tidak diduga dan luar biasa”,

Beliau turut berkata ia disebabkan krisis politik susulan tindakan ADUN yang membawa usul tidak menyokong kepimpinan menyebabkan kerajaan yang ada runtuh.

“Saya sedar orang Melaka tidak mahu pilihan raya negeri.

“Mereka marah kenapa keadaan seperti ini berlaku. Jika pemimpin politik sedar bahawa Melaka masih berdepan wabak walaupun vaksin sudah meluas perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin sempat mengimbau sejarah ketika Tun Mahathir enggan menjadi Perdana Menteri, beliau menawarkan diri.

“Tun enggan menjadi PM, dan apabila saya meletakkan nama saya ke hadapan, beliau bertanya sama ada saya boleh mendapat sokongan yang cukup – dan saya berkata Insya-Allah,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Tun Mahathir enggan mengubah fikiran dan kekal walaupun menerima sokongan “lebih 130 ahli Parlimen, termasuk dari Umno dan PAS”.

Kata Muhyiddin lagi, beliau merupakan individu yang mengambil langkah pertama untuk membentuk Bersatu, bukan Tun Mahathir.

Katanya keputusan itu dibuat selepas beliau dipecat oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak daripada Umno.

Muhyiddin berkata, sebagai timbalan Najib, beliau terpaksa bersuara mengenai isu 1MDB pada masa itu.

Ini akhirnya menyebabkan beliau dipecat oleh Najib, yang merupakan Presiden Umno.

“Keadaan negara semakin teruk dengan isu kleptokrasi yang ditimbulkan oleh pemimpin negara ketika itu.

“Oleh itu, saya, bukan Tun Mahathir mengambil langkah untuk membentuk Bersatu kerana untuk perjuangan atau jihad kita berkesan, kita tidak boleh bersendirian. Ia perlu bersama dengan kumpulan atau platform politik yang kuat,” katanya.

Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersatu manakala Muhyiddin menjadi Presiden ketika ia mula dibentuk.

Muhyiddin berkata, keperluan untuk platform yang kukuh adalah mengapa Bersatu menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), gabungan yang mendahului Barisan Nasional selepas enam dekad berkuasa pada pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai tuntutan dibuat ke atas PH mengenai cara negara itu sepatutnya diuruskan namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.

Menurut Muhyiddin, hala tuju PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam dan rakyat Malaysia malah beliau memberitahu Mahathir bahawa jika Bersatu kekal dalam gabungan itu, ia akan menghadapi kesan buruk pada pilihan raya umum akan datang.

“Pemimpin Umno adalah antara mereka yang menyokong saya tetapi kerana saya tidak mahu mengorbankan prinsip saya dan mengakui ahli-ahli Umno dengan kes-kes mahkamah (ke dalam kerajaan), akhirnya saya digulingkan oleh Umno.” katanya dalam siaran Pentas Pilihan Raya Negeri Melaka, malam tadi.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  1