Tun M dilapor stabil

 Tun M dilapor stabil

Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 22 Jan 2022 – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki sejarah penyakit jantung dilaporkan stabil ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak dua hari lalu.

Beliau direkodkan pernah mengalami tiga serangan jantung, satu pada 1989 dan dua lagi pada tahun 2006

Anaknya, Datin Paduka Marina dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Dr Mahathir dirawat di IJN susulan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

Tun Mahathir Mohammad

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya

Beliau juga telah menjalani empat kali pembedahan pintasan dan secara berkala dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan.

Pada 16 Disember lalu Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar dari IJN pada 23 Disember.

Bagaimanapun, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekali lagi pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  85  =  88