Tular rakaman pegawai polis pukul & heret wanita dalam lif

 Tular rakaman pegawai polis pukul & heret wanita dalam lif

PETALING JAYA: Tular rakaman video seorang lelaki yang didakwa ‘pegawai polis’ memukul seorang wanita di dalam lif selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter.

Suspek itu juga didakwa merupakan salah seorang ahli kongsi gelap “Geng 360 Devan”.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed mengesahkan anggota polis yang berusia 35 tahun itu berpangkat detektif koperal, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah pun dipindahkan ke bahagian pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Saya mahu betulkan fakta yang memaklumkan individu berkenaan bukan pegawai kanan polis tetapi sebenarnya detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.”

“Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan memindahkan anggota berkenaan daripada tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh polis Kuala Lumpur,” katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Arjunaidi menegaskan, selain siasatan dari segi perlakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita dalam lif selepas berang gagal mencari calon jodoh di sebuah laman sesawang.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  1